Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara sesuai dengan persepsi dan kemampuan mereka. Malahan definisi bahagia itu juga mempunyai persepsi yang berbeza-beza daripada setiap manusia. Kadangkala kebahagiaan dipandang dari segi harta, jawatan yang tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah. Bahkan ada yang menggunakan teori menghalalkan cara untuk mendapatkan tiga ta iaitu (harta, takhta, wanita) sehingga terjadilah ketidakseimbangan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, kebahagiaan juga dipandang daripada segi 'bahagia di dunia hanya sementara". Setiap manusia berusaha menanam amal kebaikan untuk dijadikan bekalan di akhirat manakala harta, pangkat dan darjat bukanlah tujuan utama tetapi menjadi saranan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pastinya manusia memberi jawapan yang berbeza-beza berdasarkan prinsip hidup masing-masing atau keperluan hidup masing-masing. Yang pasti maksud kebahagiaan bagi orang yang hidup bersederhana adalah berbeza dengan golongan yang hidup serba mewah.
Kebahagiaan itu adalah pilihan dan anda yang menentukannya. Bahagiakah anda???? Teruskan bersama saya (^ ^ ,). < Semanis Hati>
No comments:
Post a Comment