Kala aku sedang melewati deretan gerai yang menawarkan pelbagai sajian makanan dan pelbagai pilihan aneka pakaian yang seringkali mengoda serta menghasut-hasut hati... aku terpadang kepada dua insan yang hampir berlalu pergi dari sisiku. Tatkala itu juga aku merasakan suatu perasaan yang amat berlainan dan luar biasa bermain-main dalam fikiranku.
Entah mengapa dua insan tersebut berjaya meragut tumpuanku yang pada mulanya bukan milik mereka. Leretan mataku pula terus memberontak menelusuri pasangan tersebut. Melihat setiap gerak-geri yang mengangumkan aku. Ya kini baru aku mengetahui sesuatu yang luar biasa tentang pasangan tersebut. Perasaan tanda tanya melompat-lompat keriangan dalam hatiku. Mindaku pula terus menerus memaksa urat-urat bekerja keras. Hampir sahaja aku ditinggalkan rakanku yang lain kerana asyik leka dengan pandangan tersebut. Aku terus melewati gerai tersebut dengan 1001 persoalan. Apakah yang sedang bermain dalam fikiranku terhadap pasangan tua itu. Adakah kerana perbezaan usia antara aku dan mereka.
Tidak! Pasangan yang aku lihat sangat berbeza dengan pasangan yang sudah berumur yang lain. Terserlah kasih antara mereka. Masih mengamalkan pegangan tangan seperti pasangan muda. Apakah perasaan yang sebenar sedang bermain dalam fikiranku masih belum dapat aku temui jawapan. Apakah perbezaan dan keistimewaan pasangan tersebut. Adakah mereka merupakan ilham? Ya aku harus mencari dan terus mencari jawapan disebalik persoalan yang menguasai diriku kini. <Semanis Hati>
No comments:
Post a Comment