Terasa lama sangat tak update entry dekat blog nih.. ciannyer lame dah kena tinggal hehehe...
Nak cakap bzy xjugak.. mybe penyakit malas mula menjajah kembali...OMG..OMG.. (gediks)
Honestly, entry ni dibuat ilham daripada masalah seorang rakan yang kini perasaannya dilanda hujan ribut + kilat menyambar-nyambar.. (saje tokoh tambah kasi tragis cikit hikhik). Well dalam dunia nih takde insan yang terlepas dari ujian penciptaNya. Tak kiralah dari segi ujian ape, yang pasti ianya mungkin akan memberi kita rasa down kan.. dan yang pasti tiada diskriminasi jantina sebab Allah itu maha adil, so dua-dua pon kena. Nak dijadikkan cerita, kawan saya tuh ad masalah perasaan n die rasa sedih sangat sebab bunga yang diberi tapi, bunga tersebut tak dihargai.. dibiarkan layu tak disiram.
Situasi ini berlaku kepada rakan yang berlainan jantina dengan saya, so maksudnyer... (paham-paham yer hihi) and siyes saya turut rasa sedih coz dia xboleh trima kenyataan. Mybe sayangnya tu kpd pasangan diletakkan di tingkat paling tinggi menara petronas tu..(agaknyela).. law salah sori yer kawan.. and disebabkan itulah bila jatuh jer..dusssssshhh berkecai. Walau setebal mana konkrit pon boleh hancur apatah lagi perasaan manusia yang sangat mudah terluka. Buat rakanku, mungkin ini semua ujian buatmu sebab Allah dah takdirkan yang akan datang 1001 lebih baik dan lebih bagus dari sebelumnya (Insyaallah). Mungkin senang untuk diungkapkan perkataan terbut, namun sukar untuk diterima kan, tapi sekurang-kurangnye kwanku.. sedarlah bahawa kamu dah buat yang terbaik untuknya, kamu dah usaha sehabis boleh untuk memenuhi permintaannya, selebihnya serahkan kepada yang Ilahi. Jangan jadikan pengalaman menengelamkan masa hadapan. Jangan anggap yang lepas sebagai contoh yang akan mendatang .. cuma jadikan sebagai pedoman dan pegangan agar di masa hadapan berhati-hatilah memberi hatimu kepada insan lain (tak kiralah lelaki atau wanita).

Tak perlu kita terlalu ratapi apa yang terjadi tapi kita renungi kenapa ia terjadi. Kalau ia berpunca dari kesalahan kita cubalah muhasabah diri dengan memeperbetulkan kesilapan tersebut. Namun sekiranya ia bukan daripada kesalahan diri kita anggaplah ianya satu coretan pengalaman dalam diari hidup kita. Mungkin kita terlalu baik untuk dia (mungkin, tak sape pon tahu kan) sebab tu Allah jauhkan dirinya dari kita.


No comments:
Post a Comment