Wednesday 12 December 2012

Pelengkap Hidup


Assalammualaikum ...

Apakah yang bermain-main dalam fikiran kamu semua apabila berbicara tentang soal pelengkap hidup?
Haruslah dalam fikiran kamu semua ianya saling berkait terhadap isu perasaan. So it's true. Waktu-waktu beginilah mataku sukar untuk direhatkan. Mungkin sudah terlalu banyak rehat kot hehe. So, memang benar semua insan pernah merasai perasaan bercinta. Opss... kepada yang belum don't wory it's coming soon.. 



Cinta dan perasaan merupakan satu anugerah yang sangat tidak ternilai dari ilahi. Bercinta itu adalah benar. Bercinta juga tidak haram. Ramai yang mengangap bercinta itu salah. yup that's right. Tetapi bercinta itu menjadi salah apabila dua insan salah gunakan perasaan dan anugerah tersebut. Cinta hadir dari kurniaan ilahi dan cinta adalah suci. Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk umatnya dan umatnya haruslah memberikan yang terbaik untuk pencipyaNya. Cinta tidak haram, tetapi bagaimana manusia mengaplikasi cinta itu yang haram, itu pun sekiranya melakukan sesuatu yang haram. 0h no..no.. tak mau okey.

      Apabila dua hati menjadi serasi amatlah sukar untuk dipisahkan. Ramai juga yang bercinta dan ramai juga yang putus cinta. Kasih sayang umpama gula dan kopi. Sekiranya terlebih gula ianya manis namun sekiranya terlebih kopi ianya menjadi pahit. So jadikan ia sesedap rasa. Apabila dua hati menjadi serasi memang sukar untuk dipisahkan. Namun sekiranya ianya menjadi racun yang memakan diri, perlukah kita bertahan? Sejauh mana kita berkenalan dengan seseorang tidak menjadikan ianya satu alasan untuk membiarkan diri kita hidup sensara. Perkenalan yang panjang juga tidak menjamin seseorang itu mampu memahami diri kita sepenuhnya. Mungkin insan yang baru kita kenali dua minggu yang lepas mampu memahami kita sepenuhnya. Tidak mustahil kan?. 

   Bercinta selepas nikah adalah satu ungkapan yang indah. Mencari cinta yang halal. Itu adalah sesuatu yang benar di sisi undang-undang negara dan agama (jangan nak buat muke pelik ekk). Betul lah, Malaysia pon harap kita cinta dengan cara halal kan. Surely tak ada kes buang-buang ni. Tetapi dalam masa yang sama, macam mana kita nak tahu yang pasangan kita tuh terbaik. Maksudnya apabila kita bercinta selepas nikah, macam mana kita nak tau yang pasangan kita itu betul-betul yang terbaik. Walhal kita mengenali dia setelah menjadi halal kepadanya. Hanya Allah yang mengetahuinya. Janji niat kita baik. Allah juga akan memberikan yang terbaik untuk kita.

Cinta itu indah kan. Cinta itu juga manis seperti gula-gula. Adakah dirimu sedang merasai cinta? (hah tengok tu senyum sorang-sorang). Cinta adalah suci dan jadikan cintamu suci. Teruskan bersama saya  
 (^ ^ ,). <Semanis Hati>




Saturday 8 December 2012

"Aku jahat jadi tak ada peluang jadi baik"

Bismillahirahmanirahim...





Dengan pedang tersisip di pinggangnya dia pergi dengan penuh bersemangat mencari Nabi Muhammad. Perjalanan untuk memburu dan membunuh Nabi Muhammad. Itulah Umar. Bertemu dengan Nu'aim bin Abdillah, lalu:

"Lebih baik engkau kembali ke rumahmu perbaikilah isi rumah mu terlebih dahulu; tidakkah engkau tahu iparmu Said bin Zaid dan saudaramu Fatimah sudah masuk Islam menjadi pengikut Muhammad?”

Darahnya menggelagak dan mukanya merah padam marah bercampur malu, lantas langsung pulang bergegas-gegas untuk menemui adiknya Fatimah yang kebetulan sedang belajar Al-Qur'an.

Surah Thoha, Ayat 1-5, pelembut hati Umar. Subhanallah, hidayah itu hadiah terindah buatnya, dialah insan yang sangat kasih kepada Baginda Rasulullah SAW! :')
                                                       
                                                                    **********

Benar, tidak ada insan soleh yang tidak punya masa silam, dan tidak ada pendosa yang tidak punya masa depan. Semua orang berhak menjadi lebih baik. Allah sudah bentangkan pintu taubat seluas-luasnya.


Sakit dengan masa silam? Sebab ada orang cakap-cakap belakang? Sebab suasana sekeliling tidak begitu sesuai? Sebab tak ada orang yang boleh datang bimbing? Sebab tak sampai masanya lagi? Sebab tak sampai seru? Sebab kawan-kawan perlekehkan? Sebab-sebab yang sengaja dibisikkan oleh syaitan untuk menuju jalan pintu taubat.


Jalan untuk menjadi soleh dan solehah tidak dibentangi dengan bunga-bungaan mahupun red carpet ye, so kalau nak lalu jalan tu, kena berhati-hati. Sebab sepanjang jalan tu yang banyak je duri-duri yang tajam, kalau memang kita tak mampu nak survive agak susah sikit. Untuk berubah, banyak benda kita kena korban, dari segi emosi, masa, tenaga, pendirian dan mungkin jugak korbankan egois. Dan semestinya proses untuk ‘menjadi baik’ ni tak mudah, kena tarbiyah diri, nak kawal nafsu, and so on. And and paling lah sangat payah, bila nak berubah mesti ada konflik-konflik dalaman yang mengacau. So, lenyapkan semua sebab-sebab ‘sindrom’ untuk takut berubah. Ada sikit tips untuk terus kuat dan fight dari nafsu yang sangat suka dimanja ni.

1) Paksa diri untuk melakukan kebaikan 

Kadang-kadang kebaikan tu perlu dipaksa. Paksa diri, jangan manja-manja sangat. Jalan dakwah bukan untuk orang yang manja. No no. Nafsu kata ni, ikuttt je. Nafsu nak itu, pun jalannn je. Kalau diturutkan kehendak hati dan nafsu, sampai ke penghujung pun memang tak kan dapat dipenuhi.

2) Kalahkan nafsu dan syaitan, menangkan iman 
Aha, this one, tersangatlah payah. Okey, setiap pagi benda paling susah nak lawan ialah nak teruskan tidur yang lagi best tu ke atau nak bangun Qiamullail? Nafsu kata tidur. Syaitan bisik, tidur lagi best owh. Iman kata bangun, bangun! Kuatkan diri lawan kata hati dan syaitan. Then, kita akan gembira sebab dapat lawan diorang. Bahagia sebab dapat menangkan iman. And for sure, kita akan dapat rasa kemanisan iman. Allahu :’)

Fight untuk iman kita, fight untuk apa yang Allah suka, fight untuk kebaikan diri kita. InsyaAllah, lama-lama dari perkara yang sangat susah untuk kita buat, akan jadi mudah bila dah rajin buat. 

3) Kawan soleh dan solehah sangat penting. 

Orang kata, nak tahu kita ni camne, tengok kengkawan sekeling. Okay, sekarang cuba fikir jap, kawan-kawan kita camne? Kalau kawan-kawan kita jenis kaki masjid-style, alhamdulillah, insyaAllah kita juga akan terkesan dengan peribadi mereka yang soleh solehah tu. Tapi kalau kawan-kawan kita tu jenis selalu je bawak kita jauh dari Allah, bahaya! Selamatkan diri anda. Pentingnya ada kawan-kawan yang soleh solehah ni ialah diorang ni dapat bantu urusan Akhirat kita. :’) Menguatkan bila kita lemah, menegur bila kita salah.


4) Rajin kan diri pergi majlis ilmu.

Ilmu ni tak kan masuk ke dalam hati-hati yang gelap. So bersihkan hati, bertaubat, tanamkan penyesalan yang teramat sangat dengan masa silam yang gelap tu dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Banyakkan bahan-bahan bacaan yang membina, join majlis ilmu, kalau ada kuliyyah maghrib dekat surau/masjid berdekatan, jangan malas join.


5) Sentiasa bermuhasabah diri dan berdoa 

Kuasa doa. Jangan remehkan. Kalau kita rajin berdoa, rajin mintak dengan Allah, Allah nilai, Allah pandang. Mohon kekuatan. Mohon istiqamah dalam perubahan. Jangan bagi jatuh. Jangan bagi fragile sangat. Disentuh sikit, menangis, diuji sikit, lemah, common. Jadilah hamba-Nya yang kuat. Tak gentar tak goyah bila diuji! ^^ *bakar semangat

Dan rajin rajin belek surah Yusuf ayat 53:
Firman Allah SWT yang bermaksud, ".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)

InsyaAllah, kalau awak tanam azam nak berubah, Allah akan permudahkan. kalau rasa diri nak berubah, cepat-cepat berubah, takut hidayah tu Allah tarik balik. :')



*peringatan khas untuk diriku dan rakan-rakan yang disayangi* Teruskan bersama saya (^ ^ ,).
<Semanis Hati>

Friday 7 December 2012

Aku dan Kehidupan


Lewat senja itu aku termenung di hujung katil memandang ke luar bilik. Cuaca dingin terasa membelai-belai tubuhku. Suasana sepi seolah-olah memahami perasaanku ketika itu. Hampir seketika melayan perasaan, aku terpanggil untuk ke luar bilik dan berjalan-jalan di sekitar ruangan antara blok aku dan blok di hadapan biliku. Waktu dan ketika itu, aku merasakan seolah-olah hanya aku yang berada di kawasan tersebut. Bersendirian. Awan pula seolah-olah mengikutiku ke mana aku bergerak.

Aku terpandang sepohon pokok yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Pohon tersebut berada di hujung blok aku dan berdekatan dengan kawasan tangga yang acap kali digunakan untuk turun ke taman siswa-siswi. Aku memandang sepi ke arah pohon tersebut. Aku merasakan pohon tersebut dapat merasakan kesepianku. Ya! Aku merasakan pohon tersebut juga sepi sepertiku. Hampir satu semester aku di sini. Kewujudan pohon tersebut amatlah asing bagiku. Sangat asing sehingga aku tergamam melihat keindahannya beserta bunga kekuningan daripada pohon tersebut. 

Adakah hanya aku sahaja yang merasakan diriku asing dari pohon tersebut? Adakah hanya diriku yang berasa janggal melihat pohon tersebut? Adakah hanya aku yang baru merasai kehadiran pohon tersebut di kawasan ini. Ah! Betapa aku sombong dengan diriku. Sombong dengan urusan dunia hingga mengabaikan kewujudan makhluk lain yang sangat hampir denganku. Walhal hampir setiap hari aku menggunakan tangga berdekatan pohon tersebut untuk turun ke bawah. Dengan angkuh aku tidak mempedulikan kewujudan pohon tersebut. Aku malu dengan keangkuhan diriku ini. Sangat malu.

Perasaan hatiku bergejolak. Cahaya mataku terus memandang ketenangan yang terpancar dari keindahan ciptaan Allah tersebut. Aku tertanya-tanya. Adakah hanya diriku yang tidak merasai kewujudan pohon itu?
Adakah pohon itu mengenaliku? Adakah pohon itu sering menyapa aku sedangkan aku tidak mengendahkannya malahan terus berlalu....


Thursday 6 December 2012

Bahagia itu pilihan



Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara sesuai dengan persepsi dan kemampuan mereka. Malahan definisi bahagia itu juga mempunyai persepsi yang berbeza-beza daripada setiap manusia. Kadangkala kebahagiaan dipandang dari segi harta, jawatan yang tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah. Bahkan ada yang menggunakan teori menghalalkan cara untuk mendapatkan tiga ta iaitu (harta, takhta, wanita) sehingga terjadilah ketidakseimbangan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, kebahagiaan juga dipandang daripada segi 'bahagia di dunia hanya sementara". Setiap manusia berusaha menanam amal kebaikan untuk dijadikan bekalan di akhirat manakala harta, pangkat dan darjat bukanlah tujuan utama tetapi menjadi saranan  untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

    Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pastinya manusia memberi jawapan yang berbeza-beza berdasarkan prinsip hidup masing-masing atau keperluan hidup masing-masing. Yang pasti maksud kebahagiaan bagi orang yang hidup bersederhana adalah berbeza dengan golongan yang hidup serba mewah.

Kebahagiaan itu adalah pilihan dan anda yang menentukannya. Bahagiakah anda???? Teruskan bersama saya (^ ^ ,). < Semanis Hati>

Utilitarian VS Kentian

                                                                   John Stuart Mills

 VS


                                                            Immanual Kent

Pasti pembaca tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Utilitarian dan Kentian? Di sini sedia saya kongsikan apa yang dimaksudkan dengan Utilitarian dan juga Kentian. Kedua-dua perkataan pelik ini mempunyai maksud yang bertentangan dari aspek positif dan negatif.
Kedua-dua konsep ini sememangnya menjadi pegangan tamadun manusia sejak zaman dahulu lagi dan tidak mustahil kedua-dua konsep ini masih lagi terbawa-bawa sehingga era kini. 
       
       Utilitarian adalah teori yang mementingkan akibat, iaitu sesuatu tindakan itu baik asalkan ia membawa kebahagiaan dan buruk jika ia membawa penderitaan. Pengasas teori ini adalah John Stuart Mill. Konsep ini lebih mementingkan hasil yang membawa kebahagiaan, manfaat dan keseronokan kepada seseorang individu. Konsep ini tidak mementingkan cara dan niat sesuatu tindakan itu tetapi hanya mementingkan hasil yang akan diperolehi pada penghujungnya. Contohnya seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat melakukan kerjanya bukan kerana tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pekerja tetapi beliau melakukan kerjanya demi mendapat imbuhan atau manfaat selepas melakukan pekerjaannya.

         Kentian merupakan teori kewajiban (duty theory). Teori ini dikenali dengan ungkapan teori deontologist iaitu golongan yang tidak percaya kepada akibat. Pengasas teori ini iaitu Immanual Kent menyatakan bahawa sikap jujur mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukanlah akibat kerja berkenaan serta tidak mementingkan akibat sesuatu pekerjaan atau tindakan. Niat tujuan dan motif seseorang adalah tumpuan utama dalam etika ini. Etika ini mementingkan rasa tanggungjawab dalam diri dan bukannya disebabkan oleh kepentingan diri. Contohnya seorang Doktor merawat pesakit disebabkan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor dan bukanlah untuk meraih keuntungan. 

Dalam era kemodenan masa kini, adakah etika Kentian masih relevan??? Teruskan bersama saya (^ ^ ,) <Semanis Hati>

Wednesday 5 December 2012

Tokoh, Idola VS Halusinasi


                                  Assalammualaikum w.b.t                                       

Saat bicara mengenai tokoh yang acap kali menjadi sumber inspirasi seseorang, yang kebiasaannya merupakan seorang yang dikenali ramai, seorang berpangkat besar, seorang yang berpendidikan tinggi, seorang yang menyumbang kepada peningkatan negara dan juga sebaliknya.
     Tokoh, idola serta halusinasi secara sedar atau tidak sedar merupakan teman mesra yang tidak boleh dipisahkan. Apabila perkataan halusinasi bermain-main di bibir, minda sering mengatakan ianya sesuatu yang sia-sia. Dalam sedar atau sebaliknya, halusinasi juga merupakan mainan kegemaran dalam hidup kita. Hampir setiap hari kita akan berhalusinasi dan halusinasi tersebut memberi warna-warni dalam kehidupan. 
     Berbalik kepada tokoh dan idola yang menjadi tunjang utama entry ini, adalah salah sama sekali sekiranya kita meletakkan taraf untuk menjadi label tokoh dalam hidup kita mestilah seorang yang berpangkat dan dikenali ramai. Seperti pensyarah saya katakan klik disini tokoh merupakan seseorang yang mampu membuatkan kita rasa kagum terhadapnya bukan sahaja dari segi pangkat dan darjat. Tokoh dalam hidup kita boleh menjadi seorang kanak-kanak kecil yang berusia 4 tahun dan sebaliknya. Suatu perkara yang penting tokoh tersebut memberi tanggapan luar biasa kepada kita dan memberi satu perasaan luar biasa kita terhadapnya. Tokoh juga boleh menjadi sesuatu yang tidak wujud dalam dunia nyata, yang mana ianya hanya wujud dalam dunia pemikiran kita. 
       Bagaimana kita cuba menghidupkan watak tokoh dan idola dalam hidup kita bergantung kepada diri kita sendiri. Diriku masih mencari-cari watak "dia" yang seringkali bermain-main dalam ruang legar fikiranku. Aku masih mahu mencari yang terbaik dan menyakinkan diriku "dia" sememangnya adalah yang terbaik. Teruskan bersama saya (^ ^ ,). <Semanis Hati>




  










                                   

Tuesday 4 December 2012

Renungan Khayalan



Kala aku sedang melewati deretan gerai yang menawarkan pelbagai sajian makanan dan pelbagai pilihan aneka pakaian yang seringkali mengoda serta menghasut-hasut hati... aku terpadang kepada dua insan yang hampir berlalu pergi dari sisiku. Tatkala itu juga aku merasakan suatu perasaan yang amat berlainan dan luar biasa bermain-main dalam fikiranku.
       Entah mengapa dua insan tersebut berjaya meragut tumpuanku yang pada mulanya bukan milik mereka. Leretan mataku pula terus memberontak menelusuri pasangan tersebut. Melihat setiap gerak-geri yang mengangumkan aku. Ya kini baru aku mengetahui sesuatu yang luar biasa tentang pasangan tersebut. Perasaan tanda tanya melompat-lompat keriangan dalam hatiku. Mindaku pula terus menerus memaksa urat-urat bekerja keras. Hampir sahaja aku ditinggalkan rakanku yang lain kerana asyik leka dengan pandangan tersebut. Aku terus melewati gerai tersebut dengan 1001 persoalan. Apakah yang sedang bermain dalam fikiranku terhadap pasangan tua itu. Adakah kerana perbezaan usia antara aku dan mereka. 
       Tidak! Pasangan yang aku lihat sangat berbeza dengan pasangan yang sudah berumur yang lain. Terserlah kasih antara mereka. Masih mengamalkan pegangan tangan seperti pasangan muda. Apakah perasaan yang sebenar sedang bermain dalam fikiranku masih belum dapat aku temui jawapan. Apakah perbezaan dan keistimewaan pasangan tersebut. Adakah mereka merupakan ilham? Ya aku harus mencari dan terus mencari jawapan disebalik persoalan yang menguasai diriku kini.  <Semanis Hati>