Sunday, 17 March 2013

Tragedi Di Pagi Hari


Tuk!!! tuk!!! tuk!!! kedengaran muka pintu diketuk dengan nada perlahan dan penuh kecurigaan. Aku dan temanku yang baru sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan tuntutan agama saling berpandangan. Mungkin pelbagai lakaran bermain-main di mindanya sama seperti yang sedang aku alami. Entah mengapa hatiku mengarahkan aku untuk membuka pintu. Mungkin ada individu yang ingin bertanya sesuatu mengenai program Purple walk yang bakal aku hadiri awal pagi ini. Tanpa berfikir panjang aku melihat rakanku yang jelas terpapar kebimbangan riak mukanya dan terus membuka pintu.

      OMG!!! Benar-benar satu keputusan yang salah telah aku lakukan. Ternyata suspek utama yang ingin dihindari dalam diari aku sebagai seorang pelajar kampus berada dihadapanku. Bukk!!! Terasa seperti seketul batu jatuh diatasku.

      "Emm... kenape kak?" Berpura-pura tenang aku mengeluarkan soalan tidak masuk dari mulutku meskipun aku sedia maklum tujuannya.

       "Ada iron tak? Akak nak pinjam, nak iron baju". Selamba minah nie ingin meminjam sesuatu daripadaku. Sebal!!!

       "Tidak!!!... aku menjerit didalam hati. "Iron? tengah guna sekarang kak. Kejab lagi ekk." Sumpah aku tak ikhlas mengungkapkannya. Teruknya kau ain!!! Bisik hatiku. Hipokrik!!!

Aku bukanlah seorang yang berkira dan tidak akan berkira dengan orang lain. Malahan dengan orang yang baru aku kenali pun aku bisa meminjamkan barangku. Namun, sebaliknya berlaku kepada individu yang berada betul-betul dihadapanku ini. Terlalu banyak cerita dan aku sendiri pernah terkena dengan sikap buruknya itu hingga terasa seperti berjumpa serigala jadian tatkala bertembung dengannya. Ini adalah benar!
Aku pula bukannya perempuan seperti dalam movie yang memegang watak baik dan sedia dibuli. Meskipun disakiti namun masih bersikap mendiamkan diri. Tidak sama sekali!!!

      "Dia nak ape?" soal rakanku.
      "Dia nak pinjam iron". jawabku ringkas. Pagi aku kini telah dicemari sedikit.

Apa yang harus aku lakukan. Tak nak bagi pinjam kesian pulak. Ahh!!! susah ada hati dan perasaan.
Meskipun aku sedikit terasa untuk memberinya meminjam iron kesayanganku namun aku masih lagi bertidak memberinya. Baik juga aku sebenarnya. Ya Allah semoga aku mengikhlaskan apa yang telah aku berikan dan berharap moga-moga iron kesayanganku dikembalikan dengan segera. >_<''


No comments:

Post a Comment