Saturday, 16 March 2013

Kala hati tak merelakan..




                                   
Semalam adalah memory!! ya sesungguhya semalam adalah memory yang mencacatkan sedikit catatan diary hidupku ini. Bukanlah kerana fizikal diriku disakiti atau dilukai tetapi sebaliknya. Puas!!! ya puas untuk aku mencuba berfikiran positif terhadapnya tetapi ianya kembali menimbulkan perasan negatif dalam diri aku. 

       "Lebih baik berterus terang Ain, kalau diamkan nanti kau jugak yang menanggung". suara temanku sentiasa bergelumang di pinggir deria pendengaran. 
           
          "Tapi camne? Susah lah camni... diluah mati emak, ditelan mati bapak. tak tau lah nak cakap camne... dia tu lain sangat. Diriku cuba menerangkan situasi yang menghimpit diriku.

Bukan aku cuba menjadikan jurang tetapi dirinya yang cuba menciptakan jurang antara aku dan dia. Sekalipun aku menipu dengan mengatakan aku mampu melupakannya tetapi hati ini sungguh  tak merelakan.
Tiada siapa didunia ini mampu menidakkan setiap corak dan lukisan perasaan yang terukir dihati meskipun jiwamu cuba menepis keegoan hatimu.

          "Ahhh.. kenapelah susah sangat aku ni nak buat keputusan". bicaraku dalam hati.

Mungkin apa yang teman-temanku katakan adalah benar, aku tidak mampu menolak setiap titisan kata-kata mereka. Tetapi aku juga perlu merelakan semua yang berlaku dan ketahuilah bahawasanya aku cuba membuka hatiku untuk berprasangka positif dan aku akan mengunakan iman yang masih berbaki untuk mendidik diriku lebih bersikap matang dalam menghadapi ujian mendatang. Khas untukmu teman. 


No comments:

Post a Comment