Monday, 26 November 2012

Petua untuk menulis cerpen


Ini merupakan petua untuk menulis cerpen. Semoga petua-petua ini mampu memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya dalam menghasilkan cerpen yang terbaik.

1. Jom Kita Memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.

Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Okeylah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya. 

Kenapa anda tak menafaatkannya? Mula-mula, buat senarai. Lakar watak-wataknya, plot, nada emosi dan sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yang menghubungkan anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.

Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan. Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2 saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran, peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait. 


2. untuk mendapatkan maklumat lebit lanjut, anda boleh mendapatkan input di Mr.Google. Semoga anda mampu menghasilkan cerpen yang memberi manfaat menerusi cerpen yang anda hasilkan kepada pembaca. Teruskan bersama saya. (^ ^ ,)  

1 comment: