Friday, 22 March 2013

Antara dua dilema


Keadaan ini benar-benar membuatku berada di situasi yang sukar digambarkan. Kedua-dua tempat ini ingin aku kunjungi pada masa yang sama. Perlukah aku memilih untuk berkunjung ke suatu tempat yang baru demi mencari pengalaman baru dan memungkiri janjiku untuk berkunjung ke rumah saudaraku. Dalam masa yang sama, perlukah aku berkunjung kerumah saudaraku dan melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat baru. Ahh!!!.. serabut.

     "Hujung minggu nie ada program kat pahang, nak ikut tak?" teringat saat rakanku menawarkan untuk pergi  ke tempat tersebut.

      "Program kat pahang?? minggu ni ke? alamak minggu ni tak boleh la, dah janji nak pergi umah mak cik. Macam best jer dapat pergi pahang".

       "Haah la minggu ni. tak nak ikut ke? persoalan dijawab dengan persoalan.

Kalau la aku mampu membahagikan diriku kepada dua, ingin sahaja aku berbuat begitu. Namun itu semua adalah mustahil sama sekali. Aku terpaksa memilih antara dua, suatu keputusan yang benar-benar realistik perlu aku lakukan.

      Ya!!! kini aku gembira bersama keputusan yang telah aku lakukan. Mungkin ada yang mengatakan ianya bukanlah yang terbaik namun kini kepuasan adalah milikku. Bergembira bersama sepupuku yang sudah agak lama tidak kujumpa dan sudah agak lama tidak meluangkan masa bersama.

 Buat rakanku, semoga dirimu sedang berbahagia dan memahat seribu satu memori buat dirimu untuk dikongsi besamaku tatkala kepulanganmu.

Sunday, 17 March 2013

Tragedi Di Pagi Hari


Tuk!!! tuk!!! tuk!!! kedengaran muka pintu diketuk dengan nada perlahan dan penuh kecurigaan. Aku dan temanku yang baru sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan tuntutan agama saling berpandangan. Mungkin pelbagai lakaran bermain-main di mindanya sama seperti yang sedang aku alami. Entah mengapa hatiku mengarahkan aku untuk membuka pintu. Mungkin ada individu yang ingin bertanya sesuatu mengenai program Purple walk yang bakal aku hadiri awal pagi ini. Tanpa berfikir panjang aku melihat rakanku yang jelas terpapar kebimbangan riak mukanya dan terus membuka pintu.

      OMG!!! Benar-benar satu keputusan yang salah telah aku lakukan. Ternyata suspek utama yang ingin dihindari dalam diari aku sebagai seorang pelajar kampus berada dihadapanku. Bukk!!! Terasa seperti seketul batu jatuh diatasku.

      "Emm... kenape kak?" Berpura-pura tenang aku mengeluarkan soalan tidak masuk dari mulutku meskipun aku sedia maklum tujuannya.

       "Ada iron tak? Akak nak pinjam, nak iron baju". Selamba minah nie ingin meminjam sesuatu daripadaku. Sebal!!!

       "Tidak!!!... aku menjerit didalam hati. "Iron? tengah guna sekarang kak. Kejab lagi ekk." Sumpah aku tak ikhlas mengungkapkannya. Teruknya kau ain!!! Bisik hatiku. Hipokrik!!!

Aku bukanlah seorang yang berkira dan tidak akan berkira dengan orang lain. Malahan dengan orang yang baru aku kenali pun aku bisa meminjamkan barangku. Namun, sebaliknya berlaku kepada individu yang berada betul-betul dihadapanku ini. Terlalu banyak cerita dan aku sendiri pernah terkena dengan sikap buruknya itu hingga terasa seperti berjumpa serigala jadian tatkala bertembung dengannya. Ini adalah benar!
Aku pula bukannya perempuan seperti dalam movie yang memegang watak baik dan sedia dibuli. Meskipun disakiti namun masih bersikap mendiamkan diri. Tidak sama sekali!!!

      "Dia nak ape?" soal rakanku.
      "Dia nak pinjam iron". jawabku ringkas. Pagi aku kini telah dicemari sedikit.

Apa yang harus aku lakukan. Tak nak bagi pinjam kesian pulak. Ahh!!! susah ada hati dan perasaan.
Meskipun aku sedikit terasa untuk memberinya meminjam iron kesayanganku namun aku masih lagi bertidak memberinya. Baik juga aku sebenarnya. Ya Allah semoga aku mengikhlaskan apa yang telah aku berikan dan berharap moga-moga iron kesayanganku dikembalikan dengan segera. >_<''


Saturday, 16 March 2013

Kala hati tak merelakan..




                                   
Semalam adalah memory!! ya sesungguhya semalam adalah memory yang mencacatkan sedikit catatan diary hidupku ini. Bukanlah kerana fizikal diriku disakiti atau dilukai tetapi sebaliknya. Puas!!! ya puas untuk aku mencuba berfikiran positif terhadapnya tetapi ianya kembali menimbulkan perasan negatif dalam diri aku. 

       "Lebih baik berterus terang Ain, kalau diamkan nanti kau jugak yang menanggung". suara temanku sentiasa bergelumang di pinggir deria pendengaran. 
           
          "Tapi camne? Susah lah camni... diluah mati emak, ditelan mati bapak. tak tau lah nak cakap camne... dia tu lain sangat. Diriku cuba menerangkan situasi yang menghimpit diriku.

Bukan aku cuba menjadikan jurang tetapi dirinya yang cuba menciptakan jurang antara aku dan dia. Sekalipun aku menipu dengan mengatakan aku mampu melupakannya tetapi hati ini sungguh  tak merelakan.
Tiada siapa didunia ini mampu menidakkan setiap corak dan lukisan perasaan yang terukir dihati meskipun jiwamu cuba menepis keegoan hatimu.

          "Ahhh.. kenapelah susah sangat aku ni nak buat keputusan". bicaraku dalam hati.

Mungkin apa yang teman-temanku katakan adalah benar, aku tidak mampu menolak setiap titisan kata-kata mereka. Tetapi aku juga perlu merelakan semua yang berlaku dan ketahuilah bahawasanya aku cuba membuka hatiku untuk berprasangka positif dan aku akan mengunakan iman yang masih berbaki untuk mendidik diriku lebih bersikap matang dalam menghadapi ujian mendatang. Khas untukmu teman. 


Thursday, 17 January 2013

Never Get Better

Assalammualaikum Wbt,,

   Korang apa khabar? Hurmm xkisah la korang camner pon yang pasti saja nak dikongsikan sesungguhnya diriku kini dilanda pelbagai masalah. Arrgghhhh dah la sekarang nih musim exam.. serabut dah kepala nih dengan jadual exam yang xbrape nak berpihak kepada diriku. Agak kelam kabut menghabiskan masa studi...studi..studi.. betul xtipu.. (tapi masa tgok mvie still ada huhu). Tapi xpela sebab mmg tulah kan lumrah sebagai seorang student,, so follow the flow jelah kan ermmm... 

      Tapiiiiiiii....... bende yang palingggg menyerabutkan kepala nih, bila nak g exam air xd!!!!!!!.. OMG..OMG..OMG .. memang xlah kan nk g exm xmandi!! mustahil xmandi!!! beku segala idea dlm kepala nnti.. huhhhh...sooo sadddd... pagi2 g toilet gan membe nak ambik air sembahyang.. last2.. sebelah kaki xlepas nk disempurnakannnn.. kene lah carik air lagi.. kot2 ad ckit kt tangki kan.. pastu.. nak g exm.. air xd??? camner? hah xkan xmandi, pengsan gak pengawal exm tuh cium bau ak..hahahah... So.. kne g menapak trun blok lain carik airrr.. jauh kottt kne trun bukit tuuuu... adoiii.. tapi yang ak tau law ppuan mesti sanggup punyalah g menapak... hahahaha.. law lelaki... no komen hikhik..

papepon aku harap sem nih akan jadik lebih baik dari sebelumnya hihi ..InsyaAllah.. Teruskan bersama saya (^_^,). <Semanis Hati>


     

Sunday, 6 January 2013

Biar Hati Ini Berbicara

Assalammualaikum w.b.t

Terasa lama sangat tak update entry dekat blog nih.. ciannyer lame dah kena tinggal hehehe...
Nak cakap bzy xjugak.. mybe penyakit malas mula menjajah kembali...OMG..OMG.. (gediks)
        
        Honestly, entry ni dibuat ilham daripada masalah seorang rakan yang kini perasaannya dilanda hujan ribut + kilat menyambar-nyambar.. (saje tokoh tambah kasi tragis cikit hikhik). Well dalam dunia nih takde insan yang terlepas dari ujian penciptaNya. Tak kiralah dari segi ujian ape, yang pasti ianya mungkin akan memberi kita rasa down kan.. dan yang pasti tiada diskriminasi jantina sebab Allah itu maha adil, so dua-dua pon kena. Nak dijadikkan cerita, kawan saya tuh ad masalah perasaan n die rasa sedih sangat sebab bunga yang diberi tapi, bunga tersebut tak dihargai.. dibiarkan layu tak disiram. 

      

             Situasi ini berlaku kepada rakan yang berlainan jantina dengan saya, so maksudnyer... (paham-paham yer hihi) and siyes saya turut rasa sedih coz dia xboleh trima kenyataan. Mybe sayangnya tu kpd pasangan diletakkan di tingkat paling tinggi menara petronas tu..(agaknyela).. law salah sori yer kawan.. and disebabkan itulah bila jatuh jer..dusssssshhh berkecai. Walau setebal mana konkrit pon boleh hancur apatah lagi perasaan manusia yang sangat mudah terluka. Buat rakanku, mungkin ini semua ujian buatmu sebab Allah dah takdirkan yang akan datang 1001 lebih baik dan lebih bagus dari sebelumnya (Insyaallah). Mungkin senang untuk diungkapkan perkataan terbut, namun sukar untuk diterima kan, tapi sekurang-kurangnye kwanku.. sedarlah bahawa kamu dah buat yang terbaik untuknya, kamu dah usaha sehabis boleh untuk memenuhi permintaannya, selebihnya serahkan kepada yang Ilahi. Jangan jadikan pengalaman menengelamkan masa hadapan. Jangan anggap yang lepas sebagai contoh yang akan mendatang .. cuma jadikan sebagai pedoman dan pegangan agar di masa hadapan berhati-hatilah memberi hatimu kepada insan lain (tak kiralah lelaki atau wanita). 

          Hidup ini adil dan sama rata. Walau sejauh mana kita lari daripada masalah, ia tetap akan hadir dihadapan kita atau mengekori kita kerna kita berada di bumi yang nyata.. bumi tu bulat kan..kan.. so sentiasa berputar di tempat yang samalah (macam ad yg xkena pulak ayat nih.. biar lah). Selalu saya ingatkan bahawa jangan sekali-kali kita sakitkan hati orang lain sebab suatu masa nanti ianya akan berlaku kembali pada diri kita.. kira macam hukum karma .. 
Tak perlu kita terlalu ratapi apa yang terjadi tapi kita renungi kenapa ia terjadi. Kalau ia berpunca dari kesalahan kita cubalah muhasabah diri dengan memeperbetulkan kesilapan tersebut. Namun sekiranya ia bukan daripada kesalahan diri kita anggaplah ianya satu coretan pengalaman dalam diari hidup kita. Mungkin kita terlalu baik untuk dia (mungkin, tak sape pon tahu kan) sebab tu Allah jauhkan dirinya dari kita. 

       
      
             Buat rakanku, (sekiranya dirimu sudi membaca) entry ni dibuat khas untukmu.. tatkala kesedihanmu bertandang ingatlah bahawa Allah  tak jadikan hambanya di dunia ini untuk terus meruntun dan terus merana dalam dunianya. Banyak lagi tugasan dan kewajipan yang harus kita selesaikan. Pengalaman itu penting untuk mematangkan lagi pemikiran kita dan menjadikan kita lebih berhati-hati. Cinta dengan Allah S.W.T sentiasa dibalas. Walaupun kita tak dapat melihat tapi sekurang-kurangnya kita dapat merasai kasih sayangnya itu. Insyaallah. Teruskan bersama saya (^_^ ,) . Semanis Hati