Friday, 22 March 2013
Antara dua dilema
Keadaan ini benar-benar membuatku berada di situasi yang sukar digambarkan. Kedua-dua tempat ini ingin aku kunjungi pada masa yang sama. Perlukah aku memilih untuk berkunjung ke suatu tempat yang baru demi mencari pengalaman baru dan memungkiri janjiku untuk berkunjung ke rumah saudaraku. Dalam masa yang sama, perlukah aku berkunjung kerumah saudaraku dan melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat baru. Ahh!!!.. serabut.
"Hujung minggu nie ada program kat pahang, nak ikut tak?" teringat saat rakanku menawarkan untuk pergi ke tempat tersebut.
"Program kat pahang?? minggu ni ke? alamak minggu ni tak boleh la, dah janji nak pergi umah mak cik. Macam best jer dapat pergi pahang".
"Haah la minggu ni. tak nak ikut ke? persoalan dijawab dengan persoalan.
Kalau la aku mampu membahagikan diriku kepada dua, ingin sahaja aku berbuat begitu. Namun itu semua adalah mustahil sama sekali. Aku terpaksa memilih antara dua, suatu keputusan yang benar-benar realistik perlu aku lakukan.
Ya!!! kini aku gembira bersama keputusan yang telah aku lakukan. Mungkin ada yang mengatakan ianya bukanlah yang terbaik namun kini kepuasan adalah milikku. Bergembira bersama sepupuku yang sudah agak lama tidak kujumpa dan sudah agak lama tidak meluangkan masa bersama.
Buat rakanku, semoga dirimu sedang berbahagia dan memahat seribu satu memori buat dirimu untuk dikongsi besamaku tatkala kepulanganmu.
Sunday, 17 March 2013
Tragedi Di Pagi Hari
Tuk!!! tuk!!! tuk!!! kedengaran muka pintu diketuk dengan nada perlahan dan penuh kecurigaan. Aku dan temanku yang baru sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan tuntutan agama saling berpandangan. Mungkin pelbagai lakaran bermain-main di mindanya sama seperti yang sedang aku alami. Entah mengapa hatiku mengarahkan aku untuk membuka pintu. Mungkin ada individu yang ingin bertanya sesuatu mengenai program Purple walk yang bakal aku hadiri awal pagi ini. Tanpa berfikir panjang aku melihat rakanku yang jelas terpapar kebimbangan riak mukanya dan terus membuka pintu.
OMG!!! Benar-benar satu keputusan yang salah telah aku lakukan. Ternyata suspek utama yang ingin dihindari dalam diari aku sebagai seorang pelajar kampus berada dihadapanku. Bukk!!! Terasa seperti seketul batu jatuh diatasku.
"Emm... kenape kak?" Berpura-pura tenang aku mengeluarkan soalan tidak masuk dari mulutku meskipun aku sedia maklum tujuannya.
"Ada iron tak? Akak nak pinjam, nak iron baju". Selamba minah nie ingin meminjam sesuatu daripadaku. Sebal!!!
"Tidak!!!... aku menjerit didalam hati. "Iron? tengah guna sekarang kak. Kejab lagi ekk." Sumpah aku tak ikhlas mengungkapkannya. Teruknya kau ain!!! Bisik hatiku. Hipokrik!!!
Aku bukanlah seorang yang berkira dan tidak akan berkira dengan orang lain. Malahan dengan orang yang baru aku kenali pun aku bisa meminjamkan barangku. Namun, sebaliknya berlaku kepada individu yang berada betul-betul dihadapanku ini. Terlalu banyak cerita dan aku sendiri pernah terkena dengan sikap buruknya itu hingga terasa seperti berjumpa serigala jadian tatkala bertembung dengannya. Ini adalah benar!
Aku pula bukannya perempuan seperti dalam movie yang memegang watak baik dan sedia dibuli. Meskipun disakiti namun masih bersikap mendiamkan diri. Tidak sama sekali!!!
"Dia nak ape?" soal rakanku.
"Dia nak pinjam iron". jawabku ringkas. Pagi aku kini telah dicemari sedikit.
Apa yang harus aku lakukan. Tak nak bagi pinjam kesian pulak. Ahh!!! susah ada hati dan perasaan.
Meskipun aku sedikit terasa untuk memberinya meminjam iron kesayanganku namun aku masih lagi bertidak memberinya. Baik juga aku sebenarnya. Ya Allah semoga aku mengikhlaskan apa yang telah aku berikan dan berharap moga-moga iron kesayanganku dikembalikan dengan segera. >_<''
Saturday, 16 March 2013
Kala hati tak merelakan..
"Lebih baik berterus terang Ain, kalau diamkan nanti kau jugak yang menanggung". suara temanku sentiasa bergelumang di pinggir deria pendengaran.
"Tapi camne? Susah lah camni... diluah mati emak, ditelan mati bapak. tak tau lah nak cakap camne... dia tu lain sangat. Diriku cuba menerangkan situasi yang menghimpit diriku.
Bukan aku cuba menjadikan jurang tetapi dirinya yang cuba menciptakan jurang antara aku dan dia. Sekalipun aku menipu dengan mengatakan aku mampu melupakannya tetapi hati ini sungguh tak merelakan.
Tiada siapa didunia ini mampu menidakkan setiap corak dan lukisan perasaan yang terukir dihati meskipun jiwamu cuba menepis keegoan hatimu.
"Ahhh.. kenapelah susah sangat aku ni nak buat keputusan". bicaraku dalam hati.
Mungkin apa yang teman-temanku katakan adalah benar, aku tidak mampu menolak setiap titisan kata-kata mereka. Tetapi aku juga perlu merelakan semua yang berlaku dan ketahuilah bahawasanya aku cuba membuka hatiku untuk berprasangka positif dan aku akan mengunakan iman yang masih berbaki untuk mendidik diriku lebih bersikap matang dalam menghadapi ujian mendatang. Khas untukmu teman.
Subscribe to:
Posts (Atom)