Wednesday, 28 November 2012

Perkongsian Bersama Semanis Hati



Assalammualaikum. Hai semua.
Ini sekadar perkongsian bersama untuk diri saya dan anda semua yang disayangi.Mungkin anda semua arif tentang penghayatan agama. Bicara mengenai solat semestinya bukan lagi isu baru dalam hidup anda. Tetapi isu sebegini kadangkala diambil ringan dan diringan-ringankan. Sudi untuk saya nyatakan bahawa solat menjana insan cemerlang. Nasihat untuk diri saya khususnya dan anda semua, jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat serta berusaha berubah ke arah insan berwibawa. Di sini saya sertakan satu video yang menarik hati saya. Hanya kartun tetapi memberi seribu erti. Silakan jangan malu-malu. Teruskan bersama saya (^ ^ ,). < Semanis Hati>


Monday, 26 November 2012

Mood dan Variasi Pembacaan Cerpen

Assalammualaikum.. hai semua
Rasanya tidak perlu untuk saya terangkan tentang mood dan variasi pembacaan kerana dalam kotak pemikiran saya sendiri anda semua sudah sedia maklum akan istilah tersebut. Sudi untuk saya kongsikan tentang cara mengembalikan mood  membaca. Sememangnya fitrah dalam diri setiap manusia mempunyai sikap malas dalam diri dan sejak berabad lamanya menjadi teman baik dalam diri kita (ohhh malangnya). Oleh itu, pelbagai inisiatif boleh dilakukan antara contoh yang terbaik adalah seperti gambar di sebelah tu ------------------------->
Comel kan macam saya (^ ^ ,). cakap saya perasan la tuh. Selain itu juga, anda semua boleh membaca koleksi-koleksi cerpen di Mr. Google. Ramai yang sudah mengetahui tentang laman web di sini dan ramai juga yang gemar melayarinya tetapi saya tetap nak bagi link tersebut juga (^ ^ ,). Menerusi laman web tersebut anda semua boleh menikmati juadah pembacaan sambil ditemani muzik. Hah suka kan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan inisiatif seperti ini sebelum memulakan pembacaan. Comel kan macam saya (^ ^ ,). Banyak lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mengembalikan mood membaca cerpen atau sebagainya. Dewan Siswa, Utusan Malaysia, Berita Harian dan majalah-majalah turut menyajikan pembacaan cerpen. Sambil membaca majalah pandang-pandanglah ke ruangan cerpen. Membaca menambah pengetahuan dan ilmu, ilmu pula mampu meningkatkan martabat diri seseorang. Renung-renungkan. Teruskan bersama saya (^ ^ ,). <Semanis Hati> 

Petua untuk menulis cerpen


Ini merupakan petua untuk menulis cerpen. Semoga petua-petua ini mampu memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya dalam menghasilkan cerpen yang terbaik.

1. Jom Kita Memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.

Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Okeylah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya. 

Kenapa anda tak menafaatkannya? Mula-mula, buat senarai. Lakar watak-wataknya, plot, nada emosi dan sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yang menghubungkan anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.

Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan. Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2 saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran, peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait. 


2. untuk mendapatkan maklumat lebit lanjut, anda boleh mendapatkan input di Mr.Google. Semoga anda mampu menghasilkan cerpen yang memberi manfaat menerusi cerpen yang anda hasilkan kepada pembaca. Teruskan bersama saya. (^ ^ ,)  

Saturday, 24 November 2012

Coretan Pertama

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Hari ini merupakan detik yang paling bermakna sebab pertama kali saya post dalam blog ini. Perasaan keterujaan melonjak-lonjak dalam diri nie. Exited betul lah kan. Tujuan utama blog ini diadakan bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi lebih kepada pembelajaran dan juga untuk memenuhi skop Penulisan Kreatif. dalam blog ini juga, akan dikongsikan maklumat-maklumat yang bermanfaat dan berguna untuk semua. Teruskan bersama saya (^ ^ ,)